PENERIMA vaksin diberi taklimat berkenaan vaksin yang akan diterima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah.
PENERIMA vaksin diberi taklimat berkenaan vaksin yang akan diterima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Seramai 6,301,727 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama dan kedua setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, 4,574,685 individu sudah menerima dos pertama, manakala 1,727,042 individu lengkap menerima dos kedua.

Menerusi hantaran di Twitter beliau turut memaklumkan kadar suntikan harian menyaksikan 250,259 dos vaksin disuntik semalam.

Katanya, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan baik dan giat dijalankan dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Kerajaan menyasarkan 200,000 dos sehari dapat disuntik bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok lebih cepat dan orang ramai diminta mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi MySejahtera, atau laman web vaksincovid.gov.my mahupun menghubungi talian 1-800-888828.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 11:04 AM