Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Petugas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menggunakan pembesar suara bagi memastikan pengunjung ke Pasar Kedai Payang mematuhi prosedur operasi standard (SOP), hari ini.

Tinjauan ke Pasar Kedai Payang mendapati jumlah pengunjung membeli-belah sebagai persiapan menyambut Aidiladha, esok, merosot.

Beberapa peniaga mengakui larangan rentas negeri dikuatkuasakan kerajaan menyebabkan jumlah pengunjung membuat persiapan menyambut Aidiladha tidak ramai.

Premis menjual rempah ratus yang kebiasaannya menjadi tumpuan ramai pengunjung setiap kali sambutan Aidilfitri dan Aidiladha turut lengang.

Pengunjung didapati mematuhi SOP ditetapkan apabila melakukan ujian suhu badan disediakan di pintu masuk pasar dan melakukan imbasan menggunakan aplikasi MySejahtera selain sentiasa memakai pelitup muka.

Pasar Besar Kedai Payang.
Pasar Besar Kedai Payang.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 2:27 PM