PETUGAS kesihatan Pejabat Daerah Timur Laut melakukan ujian saringan Covid-19. FOTO Mikail Ong.
PETUGAS kesihatan Pejabat Daerah Timur Laut melakukan ujian saringan Covid-19. FOTO Mikail Ong.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 11,618 kes setakat tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 867,567 kes dan 101,359 kes aktif.

Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749 kes) dan Negeri Sembilan (1,537 kes).

"Seramai 878 pesakit Covid-19 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 432 orang memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 118 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 6,503 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 108 kes membabitkan warganegara dan 10 kes lagi bukan warganegara.

Menurutnya, sebanyak 46 kematian dicatatkan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (18), Negeri Sembilan (16), Johor (13), Kedah (5); masing-masing empat kes di Sabah dan Sarawak; masing-masing dua kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Perak, Pahang, dan Melaka, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Terengganu.

Selain itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 6,377 kes sembuh baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 759,705 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 7:00 PM