Bujang Suai berjaya ditangkap SWAT. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Bujang Suai berjaya ditangkap SWAT. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Norsyazwani Nasri


Miri: Buaya katak jantan sepanjang 3.96 meter yang diberi gelaran 'Bujang Suai' berjaya ditangkap pagi semalam.

Buaya berkenaan ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) Miri yang bertindak atas aduan daripada orang awam di ladang sawit berdekatan Kuala Suai jam 8.30 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata, pancing buaya dipasang sejak 2 Julai lalu bagi menangkap reptilia berkenaan.

"Ini berikutan siasatan daripada video yang dihantar pekerja ladang kerana ternampak kelibat buaya di kawasan itu.

"Pemantauan segera dijalankan oleh pasukan SWAT bagi menangkap buaya dengan menggunakan pancing,"katanya.

Katanya, buaya yang ditangkap berjaya ditarik ke darat dan dibawa ke bahagian utama jalan ladang sawit.

Bujang Suai akan dihantar ke Benaya Crocodile Farm untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 1:15 PM