Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Sebanyak 9,660,519 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan di negara ini sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 340,043 dos diberikan semalam menjadikan ia angka tertinggi setakat ini.

Menurutnya, jumlah yang menerima dos pertama ialah 6,791,759 orang.

"Daripada jumlah keseluruhan suntikan, seramai 2,868,760 orang menerima dos kedua," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP

Kini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah memasuki fasa ketiga dengan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan industri dibuka.

Malaysia juga menerima tambahan suntikan vaksin bulan ini bagi mempercepatkan sasaran imuniti kelompok dicapai.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 10:52 AM