Raja Noraina Raja Rahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Bukan hanya Kelantan malah rakyat di negeri lain juga akan menerima suntikan vaksin Pfizer.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini kerana perolehan vaksin Pfizer berjumlah 45.7 juta dos sudah ditempah.

Menurutnya, ini membolehkan vaksin berkenaan disuntik kepada penduduk di Kelantan dan negeri lain yang masih belum menerima suntikan.

"Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sinovac di banyak negeri dan baki daripada 16 juta dos akan digunakan untuk dos kedua.

"Negeri lain juga akan menerima suntikan vaksin Pfizer selepas ini kerana perolehan yang ditempah ditingkatkan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dilaporkan akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dengan digantikan vaksin Pfizer di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, bekalan vaksin berkenaan akan ditamatkan mulai akhir Julai ini.

GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 6:59 PM