Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sebanyak 3,574,376 juta dos vaksin Covid-19 sudah berikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu sebanyak 81,183 dos diberikan semalam.

Menurutnya, seramai 2,444,075 orang menerima dos pertama manakala 1,130,301 orang pula terima dos kedua.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO arkib Bernama

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828," katanya menerusi Twitter, hari ini.

PICK kini sedang giat dijalankan di seluruh negara bagi membolehkan Malaysia mencapai komuniti kelompok lebih cepat.

Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega juga sudah beroperasi selain kaedah pandu lalu dan penggunaan fasiliti awam dilaksanakan kerajaan bagi mempercepatkan proses suntikan vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 12:07 PM