GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan kewujudan kumpulan Ben seperti dilaporkan akhbar ini kerana mendalangi kegiatan penyeludupan rokok di seluruh negara.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Ben kini digelar Raja Penyeludup atau Bapa Segala Bapa kerana menguasai hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia dalam aktiviti penyeludupan kontraban yang menghilangkan hingga RM5 bilion hasil cukai negara setiap tahun.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, kumpulan Ben yang terbabit dalam sindiket penyeludupan rokok ini didapati wujud dan nama kumpulan itu sering digunakan pengendali kontraban di lapangan.

"Namun bagi mengesan dalang sebenar kumpulan berkenaan ia mengambil masa kerana rangkaian kumpulan itu berada di seluruh negara.

"Nama-nama kumpulan ini memang wujud, usaha untuk mengesan dalang sindiket ini (Ben) sedang dilakukan.

"Terbaru dalang satu sindiket sudah ditangkap pada 21 Jun lalu di Klang dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya pada sidang media di PGA Briged Tengah, hari ini.

Harian Metro sebelum ini mendedahkan, Ben yang memulakan perniagaan haramnya pada 2012 di Johor menjadi jutawan segera apabila kerajaan menaikkan kadar cukai rokok pada 2015 hingga rokok sah menjadi mahal.

Harga mahal rokok sah menyebabkan jualan rokok seludup kini menguasai lebih 60 peratus pasaran.

Selepas kerajaan mengetatkan kawalan berkaitan pelabuhan membabitkan transhipment, Ben didakwa kini bergantung kepada laluan laut.

Raja Penyeludup itu didakwa menjadikan perairan antarabangsa berhampiran kawasan Malaysia sebagai lokasi pemindahan rokok seludup dari kapal-kapal yang diubahsuai ke bot barter trade ataupun bot kecil sebelum diseludup barangan itu ke negara ini.

s://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/721838/raja-penyeludup-kebal">Raja Penyeludup kebal?

  • Ben 'Bapa Segala Bapa'
  • Raja penyeludup 'Ben': PDRM jangan diam diri - MCCF
  • Amaran pada sindiket!
  • KDN pantau sindiket seludup rokok [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 1:26 PM