Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerima 98,196 permohonan daripada ibu hamil di seluruh negara bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, janji temu sedang dikeluarkan secara berperingkat mengikut jangkaan tarikh melahirkan.

"Sebanyak 3,000 janji temu kepada golongan ibu hamil di Kuala Lumpur sudah diberikan manakala 224 janji temu di Perlis.

"Pada hujung minggu ini, kita akan ada satu sesi vaksinasi untuk ibu hamil di Kuala Lumpur dan Perlis. Selebihnya di negeri lain sedang diproses," katanya pada sidang media CITF secara maya hari ini.

FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.

Turut sama dalam sidang media itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, proses janji temu itu akan dikeluarkan mengikut keutamaan berdasarkan jangkaan tarikh melahirkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 757,747 janji temu berjadual diberikan di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak 253,719 membabitkan kumpulan warga emas.

Manakala, katanya, bagi kumpulan usia 50 sehingga 59 tahun pula sebanyak 228,397 janji temu diberikan dan 83,610 janji temu bagi kumpulan usia 40 tahun.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 3:33 PM