FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Mohd Amin Jalil


Seremban: Fungsi baharu yang di aplikasi MySejahtera diharap dapat membantu warga emas mendapatkan janji temu suntikan vaksin Covid-19 lebih cepat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, ia susulan pihaknya menerima aduan masih ramai warga emas yang tidak mendapat tarikh janji temu walaupun sudah lama mendaftar.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka perlu memastikan alamat yang didaftar dikemas kini mengikut alamat terkini.

"Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang sedang membantu orang ramai mengenai pendaftaran vaksin.

"Saya berharap orang ramai dapat berkongsi fungsi baharu itu sekali gus memberi kesedaran kepada yang belum mendaftar menerima vaksin," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, kira-kira 10.2 peratus rakyat di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19, daripada keseluruhan 58.33 peratus yang mendaftar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 6:05 PM