GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sejumlah RM67.1 juta berjaya dikumpulkan Tabung Covid-19 sehingga 31 Mei lalu.

Daripada jumlah itu, 75 peratus sudah disalurkan menerusi Bantuan Khas Hilang Pendapatan, Bantuan Khas Pengurusan Kematian dan kepada Yayasan Kebajikan Negara bagi edaran bantuan Bakul Makanan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, ia adalah hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat dan orang ramai yang ingin sama-sama membantu mereka yang terjejas.

Dalam perkembangan berkaitan,beliau berpuas hati dengan operasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 dan PKRC Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

"Saya diberi taklimat secara sidang video mengenai kedua-dua pusat ini dan mendengar masalah petugas.

"Dimaklumkan bahawa PKRC MAEPS Serdang mempunyai 2,985 pesakit, dan kegunaan katil sehingga 57 peratus manakala PRKC MITC menerima 662 pesakit dengan jumlah kapasiti katil sebanyak 1490," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan menghargai sumbangan petugas di pusat berkenaan yang bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik merawat pesakit Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 10:36 AM