PUSAT Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).  FOTO Arkib NSTP
PUSAT Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). FOTO Arkib NSTP
Hassan Omar

Alor Gajah: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor tidak akan ditutup walaupun kes mencatatkan aliran penurunan.

Sebaliknya, pusat berkenaan terus beroperasi, khususnya bagi menempatkan mereka yang positif Covid-19 tetapi tidak bergejala.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata, setakat semalam, 1,702 pesakit ditempatkan di MAEPS.

Menurutnya, Dewan A ada 2,960 katil dengan tiada pesakit manakala Dewan B ada 630 katil (105 pesakit), Dewan C ada 988 katil (347 pesakit), Dewan D1 ada 1,400 katil (500 pesakit) dan Dewan DG ada 1,300 katil (717 pesakit), katanya.

"Jumlah kumulatif pesakit setakat semalam ialah 71,761 orang dan daripada jumlah itu, kumulatif lelaki ialah 60,061 orang dan kumulatif wanita 11,700 orang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Pak Wan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal di Kampung Pantai Belimbing, di sini hari ini.

Mohd Redzuan berkata, PKRC MAEPS diaktifkan semula untuk pesakit berisiko rendah dan tidak bergejala mulai 9 Disember 2020 dan setakat ini belum ada jangkaan operasinya akan ditamatkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 3:16 PM