DATUK Seri Dr Adham Baba (tengah) meninjau proses bekalan Vaksin Covid ketika melawat Kilang Berteknologi Tinggi Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama. FOTO Aswadi Alias
DATUK Seri Dr Adham Baba (tengah) meninjau proses bekalan Vaksin Covid ketika melawat Kilang Berteknologi Tinggi Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama. FOTO Aswadi Alias
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Puchong: Pemberian vaksin oleh kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta akan mempercepatkan Malaysia mencapai imuniti kelompok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kaedah itu juga dapat mengurangkan masa menunggu mereka yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, tidak timbul isu pertindihan giliran kerana aplikasi MySejahtera akan menjadi senarai rujukan vaksinasi itu kelak.

Beliau berkata, senarai nama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan digunakan sebagai rujukan.

"Apabila kapasiti vaksin dapat ditambah, ia boleh dijual kepada swasta untuk mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Jika vaksin daripada syarikat pengeluar sudah diterima, ia boleh digunakan segera dan kerajaan bersedia untuk membantu menyediakan Pusat Pemberian Vaksin tambahan," katanya dalam sidang media selepas melawat Pharmaniaga LifeScience (PLS) Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Ismail Sabri berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersedia untuk meningkatkan jumlah hospital medan bagi menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19.

Beliau berkata, ATM turut bersedia menyediakan doktor dan pasukan paramedik bagi pengoperasian hospital medan itu kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 7:16 PM