VAKSIN Sinovac. FOTO Faiz Anuar
VAKSIN Sinovac. FOTO Faiz Anuar
BERNAMA

Kota Bharu: Kelantan akan menerima 40,000 bekalan dos vaksin Sinovac Khamis ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata, bekalan dos vaksin tersebut adalah tambahan kepada bekalan vaksin bagi fasa kedua serta persiapan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Kelantan.

"Jumlah bekalan ini dapat diberikan kepada seramai 20,000 penerima suntikan vaksin bagi program imunisasi berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Kelantan akan menerima Sinovac pada Jun ini, Dr Zaini berkata, buat masa ini, pihaknya belum mendapat maklumat berkenaan jumlah keseluruhan kuantiti bekalan vaksin tersebut.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dilapor berkata, negeri itu akan menerima bekalan vaksin Sinovac dalam kuantiti yang banyak dan mengharapkan penduduk 'merebut' peluang ini dengan berdaftar sebagai penerima suntikan vaksin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 2:15 PM