Keadaan banjir di sekitar daerah Beaufort.
Keadaan banjir di sekitar daerah Beaufort.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Seramai 284 mangsa banjir di utara Sarawak ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 143 mangsa ditempatkan di lima PPS di Limbang, manakala 141 lagi di tiga PPS di Lawas sehingga jam 8 malam ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pemantauan masih dijalankan berikutan hujan masih berlaku di beberapa tempat di Limbang manakala ribut petir di Lawas.

"PPS di Limbang yang masih aktif ialah Dewan Masyarakat Medamit yang menempatkan 29 mangsa, Dewan Masyarakat Ukong seramai 25 orang, Dewan Masyarakat Serbaguna Buloh Baloi seramai 28 orang, Dewan Masyarakat Kampung Bidang seramai 46 orang dan Dewan Sekolah Kebangsaan Menuang, seramai 15 orang.

"Di Lawas pula di tiga PPS iaitu di Dewan Masyarakat Trusan seramai 68 mangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Trusan seramai 60 orang dan Sekolah Kebangsaan Sundar seramai 13 orang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 9:29 PM