Capai pelanggan baharu dengan platform terkenal Media Prima. - FOTO Media Prima Omnia
Capai pelanggan baharu dengan platform terkenal Media Prima. - FOTO Media Prima Omnia
Muhamad Shaifullah Tayep

BERIKUTAN pandemik Covid-19 yang melanda, banyak perniagaan kehilangan pelanggan dan mengalami penurunan jualan.

Untuk bangkit semula, mereka memerlukan usaha pemasaran yang lebih efektif untuk menarik semula pelanggan.

Bagi membantu perniagaan untuk terus kekal relevan, Media Prima Omnia memperkenalkan RECONNECT 2021.

RECONNECT 2021 mengenal pasti matlamat dan objektif pemasaran dan kemudian menawarkan penyelesaian bersesuaian untuk membantu perniagaan berhubung dengan 26 juta pelanggan baharu.

Menggunakan jenama media terbesar Malaysia seperti televisyen, radio, media cetak, digital dan penyelesaian pengiklanan luar rumah, anda mampu mencapai sehingga 98 peratus rakyat Malaysia.

Menerusi RECONNECT 2021, perniagaan anda berpeluang untuk dilihat menerusi rangkaian penyiaran terbesar Malaysia seperti TV3, 8TV, ntv7 dan TV9, bercakap dengan pendengar di HOT, Fly, One dan Kool FM, mencapai pembaca Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times, berinteraksi dengan lebih 75 peratus populasi internet Malaysia menerusi kumpulan media digital terunggul dan dipaparkan di platform pengiklanan luar rumah nombor satu Malaysia, BIG TREE.

RECONNECT 2021 membantu menghasilkan kempen bersasar dengan penyelesaian fleksibel bagi mencapai pelanggan di mana saja.

RECONNECT 2021 juga menawarkan diskaun penyelesaian pemasaran sehingga 80 peratus kadar pengiklanan biasa.

Ia turut menawarkan 30 minit konsultasi maya peribadi secara percuma dengan pakar pemasaran Media Prima Omnia.

Potongan harga penyelesaian pengiklanan ini hanya terhad untuk seminggu bermula 31 Mei hingga 4 Jun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Media Prima boleh memenuhi keperluan anda bagi mencapai penonton sasaran.

Katanya, dengan menghasilkan pakej bersesuaian menggunakan bantuan peralatan terbaik, ia mampu meningkatkan frekuensi supaya orang boleh bercakap dan tahu mengenai sesuatu produk.

"Bagi melariskan produk atau jenama, komunikasi sangat penting menaikkan frekuensi.

"Media Prima OMNIA mempunyai pelbagai platform seperti televisyen, media cetak, digital dan radio mampu membantu.

"Misalnya televisyen mampu mempromosikan produk dengan membabitkan emosi. TV3, TV9 dan 8TV boleh mencapai penonton berbangsa Melayu dan Cina, manakala NTV7 memfokuskan kanak-kanak dan golongan remaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima OMNIA Datuk Michael Chan berkata, banyak kajian membuktikan jenama yang mengiklankan produk ketika masa sukar berkembang apabila situasi kembali pulih.

Daftar minat anda sekarang di www.rsvpreconnect.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 11:15 AM