UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak.
UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak.
BERNAMA

Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak di Kuala Nerus diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Mei ini susulan terdapat 16 kes positif Covid-19 di kampus itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus menerusi kenyataan berkata penutupan itu bagi membolehkan pelaksanaan sanitasi dan pengesanan kontak rapat.

Beliau berkata arahan penutupan universiti dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Sekiranya ada kakitangan atau mana-mana individu datang dari zon merah, penilaian risiko mesti dibuat dan mereka yang mempunyai gejala sepatutnya tidak dibenarkan memasuki kampus," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 12:57 PM