GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Nerus: Penutupan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dilanjutkan hingga 8 Oktober ini bagi menyelaraskan semua tindakan secara lebih komprehensif dalam menangani penularan Covid-19.

Terdahulu, penutupan operasi UniSZA diumumkan bermula 5 Oktober sehingga 7 Oktober.

Penutupan UniSZA dibuat susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 selepas mempunyai sejarah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki pesawat sama dengan seorang individu yang disahkan positif Covid-19 yang pulang dari Sabah.

"Jawatankuasa Induk Covid-19 sedang menguruskan dan membantu keperluan kakitangan universiti yang terbabit dengan Covid-19 atau sedang menjalani kuarantin.

"Sebagai langkah kawalan, pengurusan UniSZA memutuskan supaya semua kakitangan untuk bekerja dari rumah sehingga 8 Oktober ini dan aktiviti sanitasi dilaksanakan di ketiga-tiga kampus," kata Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) UniSZA pada kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 7:25 PM