GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Mahu membeli-belah, itu alasan dua lelaki yang bertindak melakukan rentas daerah tanpa kebenaran ketika dikesan polis di Pusat Beli Belah Queensbay, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, mereka gagal menunjukkan dokumen rentas daerah ketika pemeriksaan dijalankan pada 3.23 petang.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun itu masing-masing tinggal di Georgetown iaitu di daerah Timur Laut.

"Mereka memberi alasan mahu membeli-belah di pusat berkenaan yang terletak di daerah Barat Daya.

"Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 oleh pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan," katanya di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 10:19 PM