Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Mayat wanita ditemui terapung di sungai berhampiran kondominium di Queensbay, Bayan Lepas, 1.30 tengah hari tadi.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar berkata, mayat ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap.

Beliau berkata, mayat itu ditemui berpakaian lengkap, berselipar dengan bahagian muka bertutup kain dan tiada kesan kecederaan di badan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 4:46 PM
Anggota polis menutup mayat wanita yang ditemui terapung di sungai bersebelahan kondominium di Queensbay. FOTO  Zulaikha Zainuzman
Anggota polis menutup mayat wanita yang ditemui terapung di sungai bersebelahan kondominium di Queensbay. FOTO Zulaikha Zainuzman