Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menahan 1,061 pengedar dadah bagi tempoh empat bulan bermula 1 Januari hingga 30 April lalu dengan nilai rampasan dadah keseluruhan bagi tempoh itu sebanyak RM24.2 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menjalankan pelbagai operasi bertujuan membanteras dadah.

Menurutnya, daripada operasi itu, 1,061 pengedar dadah ditahan dengan 304 disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sementara itu 1,484 penagih turut ditahan dengan 1,021 positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

"Seramai 35 pula dikenakan tindakan mengikut Undang-undang Pencegahan (LLPK) 1985," katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Azmi berkata, pelbagai dadah dirampas seperti heroin seberat 147.9 kilogram (kg), ganja (306 kg), ketamin (188.3 kg), methamphetamine (58.6 kg), erminin 5 sebanyak 90,322 biji, pil ekstasi (1,960) dan air ketum 214.95 liter.

SAZALI (tengah) menunjukkan gambar barangan yang disita ketika sidang media di Kompleks Penguatkuasaan JKDM Sungai Pulai.  FOTO Izz Laily Hussein
SAZALI (tengah) menunjukkan gambar barangan yang disita ketika sidang media di Kompleks Penguatkuasaan JKDM Sungai Pulai. FOTO Izz Laily Hussein

"Jumlah keseluruhan dadah dirampas itu adalah RM24.2 juta manakala nilai sitaan mengik

ut Undang-Undang Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 bernilai RM6.6 juta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 4:47 PM