GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seramai 752 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun manakala 34 lagi direman.

Kesalahan direkodkan membabitkan 277 kerana tidak memakai pelitup muka, 137 gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, 128 tiada penjarakan fizikal, 73 rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran, 39 kerana premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran dan 98 bagi lain-lain.

"Sebanyak 2,778 pasukan pematuhan membabitkan 11,950 anggota membuat pemantauan di 3,317 pasar raya, 4,627 restoran, 1,780 penjaja, 1,401 kilang, 3,155 bank dan 632 pejabat kerajaan.

"Turut dipantau adalah 1,061 terminal pengangkutan darat, 254 terminal pengangkutan air dan 70 terminal pengangkutan udara," katanya pada kenyataan hari ini.

Ismail berkata, 57 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan pada Operasi Benteng selain 10 kenderaan darat dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 7:10 PM