Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mewakili saf kepimpinan kerajaan negeri dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Dr Md Yusnan Yusof.

Menurutnya, sebelum dilantik sebagai Adun Melor sejak 2013, Allahyarham adalah bekas pembantu Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Selepas dilantik sebagai Timbalan EXCO pada 2013, beliau berusaha menggerakkan secara aktif Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan dengan memfokuskan kepada usaha menyemak Enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS Kelantan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang yang beriman," katanya menerusi kenyataan media.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Melor, 2.28 pag tadi.

Solat jenazah dijangka diadakan pada 2 petang di Masjid Ketereh.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 April 2021 @ 6:29 AM