Ahli keluarga bersama penduduk kampung mengangkat Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melur Dr. Md Yusnan Yusof yang meninggal dunia selepas terjatuh dipercayai akibat serangan jantung awal pagi tadi di Kediamannya di Kampung Ketereh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan, Ketereh, di sini hari ini.  FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

BERNAMA

Kota Bharu: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof hari ini, akan diisytiharkan selepas sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperoleh.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada SPR selepas menerima sijil berkenaan.

"Saya akan menghubungi SPR mengenai kematian Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof. Sebaik dimaklumkan barulah pengisytiharan kekosongan kerusi bagi DUN itu akan saya lakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor, di sini, selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.

Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 April 2021 @ 5:51 PM