ASAP tebal dari kebakaran kilang simpanan bahan kimia.
ASAP tebal dari kebakaran kilang simpanan bahan kimia.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: “Kebakaran dipercayai berlaku ekoran keadaan cuaca yang panas dan bertindak balas dengan bahan yang mudah terbakar seperti kaca atau besi,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Dalam kejadian jam 1.40 petang semalam, empat gudang penyimpanan bahan buangan berjadual milik Kualiti Alam Sdn Bhd, Sendayan, di sini, hangus terbakar.

Kejadian itu menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil ekoran tindak balas bahan kimia yang terdapat dalam satu gudang berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lapang berhampiran.

Norazam berkata, seramai 65 pegawai dan anggota termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), membabitkan tujuh jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 1.41 petang.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa dua jam untuk memadamkan kebakaran di dalam kawasan seluas satu hektar daripada merebak ke kawasan lain dan tiga gudang musnah seratus peratus manakala sebuah gudang musnah sebahagian.

“Hasil siasatan awal, kebakaran bermula di bahagian belakang sebuah gudang sebelum merebak ke empat gudang itu. Kami percaya ia berlaku kerana tindak balas cuaca panas terhadap satu bahan mudah terbakar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:05 AM