SERAMAI 135 pengunjung termasuk pemilik sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dikompaun sehingga RM715,000 kerana ingkar SOP PKPB dalam Operasi Khas Pematuhan, semalam. FOTO Ihsan PDRM
SERAMAI 135 pengunjung termasuk pemilik sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dikompaun sehingga RM715,000 kerana ingkar SOP PKPB dalam Operasi Khas Pematuhan, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seramai 135 pengunjung termasuk pemilik pusat hiburan, di sini, dikompaun RM715,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

Serbuan dalam Operasi Khas Pematuhan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan IPD Sentul pada 9.40 malam hingga 1.30 pagi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata, ketika serbuan, seramai 134 pengunjung terdiri 79 lelaki dan 55 wanita berada di dalam premis itu.

"Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,500 sehingga RM5,000 setiap seorang kepada kesemua pengunjung kerana kesalahan melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pemilik premis berkenaan pula dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 dan kompaun dibuat mengikut Peraturan 18, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihati sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan demi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di negara ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 5:52 PM