KEADAAN pawagam yang terbakar. FOTO BERNAMA
KEADAAN pawagam yang terbakar. FOTO BERNAMA
Mohd Amin Jalil


Seremban: Bangunan berusia 111 tahun yang pernah dijadikan pawagam di Jalan Dr Krishnan di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Kebakaran bangunan berkenaan membabitkan lima unit bangunan kedai dua tingkat yang berukuran 24x70 kaki persegi setiap satu lot.

"Ketika operasi pemadaman dilakukan bangunan lama itu kosong dan musnah 100 peratus.

"Pasukan bomba berjaya memadam api sepenuhnya dan operasi tamat 8.40 pagi tadi," katanya di sini, hari ini.

Katanya, dua balai bomba iaitu Balai Bomba Seremban dan balai bantuan dari Seremban 2 terbabit membantu memadamkan kebakaran.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya

Bina 1910..mula beroperasi sebagai panggung 1930 hingga 1950

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 1:47 PM