Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selepas hari pertama Ramadan di bazar sekitar Ipoh di sini mencapai 70 peratus.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, baki 30 peratus aspek pematuhan itu akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.

"Secara penilaian kasar semalam, boleh dikatakan pematuhannya sudah mencapai hampir 70 peratus. Tidak ada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga 60 tahun ke atas masuk ke kawasan operasi basar Ramadan.

"Cuma dari sudut beratur menunggu giliran masuk ada kelonggaran tetapi semua mematuhi SOP mengambil suhu badan," katanya pada sidang media selepas hadir merasmikan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara TAJ International College dan tujuh agensi kerajaan yang di Dewan TAJ International College di sini, hari ini.

Rumaizi (tengah) selepas pertemuan dengan wakil NGO wakil persatuan peniaga ikan, polis, Imigresen, dan SPRM bagi menyelesaikan isu peniaga ais haram di Pasar Borong Ipoh. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Rumaizi (tengah) selepas pertemuan dengan wakil NGO wakil persatuan peniaga ikan, polis, Imigresen, dan SPRM bagi menyelesaikan isu peniaga ais haram di Pasar Borong Ipoh. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

Menurutnya, pihaknya sudah diarahkan untuk berterusan membuat pemantauan dan kawalan dari segi pematuhan SOP di setiap bazar.

"Kita akan cuba memperbaiki dari segi sudut SOP itu dari semasa ke semasa bagi memastikan pengunjung dan peniaga di bazar sentiasa patuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 5:31 PM