Keadaan bangsar, pikap dan lori yang rosak dalam kebakaran di Kampung Kerdas Gombak, hari ini. Foto Ihsan JBPM
Keadaan bangsar, pikap dan lori yang rosak dalam kebakaran di Kampung Kerdas Gombak, hari ini. Foto Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Bangsal menjual ikan di Jalan Kerdas 3, Kampung Kerdas Gombak di sini, terbakar dan turut memusnahkan pikap serta lori hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada 5.26 petang.

Jurucakap bomba berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Gombak dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak dengan kekuatan seramai 18 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi didapati kebakaran membabitkan sebuah bangsal menjual ikan struktur sementara terbakar 50 peratus.

"Turut terbakar sebuah Isuzu D-Max dan lori satu tan.

"Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada 5.52 petang dan ia tidak tidak membabitkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 7:28 PM