ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kedai perkakas pembinaan di  Jalan Kampung Baru Subang, semalam.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kedai perkakas pembinaan di Jalan Kampung Baru Subang, semalam.

Shah Alam: Sebuah kedai menjual alat perkakasan pembinaan hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Baru Subang, Seksyen U6, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang, kebakaran itu memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan kedai.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.26 petang.

“Jentera pertama tiba sembilan minit kemudian dan kerja pemadaman dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik serta Sungai Buloh membabitkan 16 anggota.

“Hampir 60 peratus daripada keluasan kedai itu terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami pemiliknya masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 7:16 AM