Ayob Khan Mydin Pitchay.
Ayob Khan Mydin Pitchay.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seramai 16 Geng Nicky akan dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, ia berkaitan pembabitan mereka di dalam satu kumpulan jenayah terancang.

Minggu lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Beliau dipetik berkata, antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 9:45 PM