Mayat, Runyan Tempan, 38, ditemukan terapung oleh penduduk rumah panjang, pada jarak 100 meter dari pos kawalan Bomba dan Penyelamat, di kawasan hulu sungai berkenaan, kira-kira 10 pagi. FOTO Erika George
Mayat, Runyan Tempan, 38, ditemukan terapung oleh penduduk rumah panjang, pada jarak 100 meter dari pos kawalan Bomba dan Penyelamat, di kawasan hulu sungai berkenaan, kira-kira 10 pagi. FOTO Erika George
Erika George


Miri: Mayat wanita yang dipercayai dibaham buaya ketika mandi di Sungai Peking dekat Rumah Panjang Mathis Depa, di sini, ditemukan, hari ini.

Mayat, Runyan Tempan, 38, ditemukan terapung oleh penduduk rumah panjang, pada jarak 100 meter dari pos kawalan Bomba dan Penyelamat, di kawasan hulu sungai berkenaan, kira-kira 10 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataannya berkata, mayat mangsa dalam keadaan sempurna, namun ada kesan gigitan reptilia ganas itu pada bahagian lengan kanan dan kening mangsa.

"Saksi kejadian memberitahu, ketika insiden berlaku, mangsa yang juga suri rumah itu mandi bersama anaknya di jeti sungai.

"Anak mangsa bagaimanapun terlebih dahulu naik ke darat untuk mengambil baldi sebelum ibunya disambar buaya dan dibawa reptilia berkenaan ke kawasan hulu sungai," katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan sejak tengah hari semalam ditamatkan pada 11.30 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 2:20 PM