FOTO ihsan PDRM
FOTO ihsan PDRM
Oleh Mohd Rizal Abdullah


Miri: Mayat seorang wanita yang diserang buaya dalam kejadian di Hulu Sungai Senga, Suai Niah, petang semalam ditemui pagi tadi.

Mangsa, Grace Anak Jamar, 33, ditemui kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri, Senior Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa ditemui pasukan penyelamat selepas lebih 10 jam melancarkan operasi mencari mangsa.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada betis dan belakang mangsa.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Miri sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.

Semalam, mangsa bersama beberapa rakannya sedang mandi di kawasan itu sebelum mangsa diserang oleh buaya berkenaan pada 6.30 petang.

Buaya berkenaan dikatakan menarik kaki mangsa sebelum kelibatnya hilang dibawa reptilia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 2:00 PM