Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis menahan 17 orang kerana mengingkari prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam, dengan semuanya dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan itu membabitkan aktiviti pusat hiburan seramai 14 orang manakala bakinya kerana tidak memakai pelitup muka.

"Kementerian Sumber Manusia pula memaklumkan seramai 662,335 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 membabitkan 34,379 majikan setakat ini.

"Daripada jumlah itu, seramai 10,067 orang disahkan positif Covid-19 manakala 652,268 lagi negatif," katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa juga mengusir tiga pendatang asing tanpa izin manakala seramai 564 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan mereka dikuarantin wajib.

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.
MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mac 2021 @ 7:12 PM