Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju membenarkan pembantu rumah yang mempunyai visa dan terkandas di kampung halaman akibat penutupan sempadan negara untuk kembali bekerja di Malaysia dengan syarat memohon melalui My Travel Pass.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, selepas mendapat kebenaran, mereka perlu menjalani ujian saringan dan dikuarantin wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Kos kuarantin perlu ditanggung oleh majikan masing-masing.

"Selain itu, atas rayuan daripada Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing, kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan agensi ini memproses permohonan pengambilan pembantu rumah kerana ia dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan," katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kemasukan ke Malaysia tertakluk kepada pembukaan sempadan negara atau mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO arkib NSTP
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mac 2021 @ 7:00 PM