FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Melvin Joni


Kota Samarahan: Seorang guru mengaji ditahan selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata suspek berusia lebih kurang 70 tahun itu ditangkap di rumahnya di Kampung Asajaya kira-kira 5.20 petang semalam, susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa.

"Menurut ibu mangsa, kejadian berlaku di rumah suspek ketika mangsa datang untuk belajar mengaji.

"Mangsa dipercayai dicabul beberapa kali di rumah itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sudirman berkata suspek direman selama lima hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 4:56 PM