Ular sawa batik berjaya ditangkap APM Alor Gajah di kampung Air Paabas.FOTO Ihsan Musriadi
Ular sawa batik berjaya ditangkap APM Alor Gajah di kampung Air Paabas.FOTO Ihsan Musriadi
Nazri Abu Bakar


Alor Gajah: "Saya terpaksa menggunakan kepala jengkaut untuk menghempap ular sawa batik itu sementara menanti bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," kata pemandu jengkaut, Musriadi Ramli ,42.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari tadi, dia sedang mengorek kawasan paya berhampiran kampung Air Paabas di sini, untuk dijadikan kolam ikan milik penduduk.

Menurutnya, seekor ular sawa dewasa sepanjang kira-kira 12 meter dan seberat 30 kilogram tiba-tiba muncul dari semak berhampiran.

"Saya panik seketika berikutan ketika itu hanya bekerja bersendirian manakala ular itu dilihat menuju ke arah jentera berat yang saya pandu.

"Saya kemudian menggerakkan kepala jengkaut sebelum menghempap ular sawa itu secara perlahan-lahan. Akibatnya ular itu tidak dapat bergerak sebelum saya menghubungi pihak APM," katanya.

Menurutnya, anggota APM kemudian muncul tidak lama kemudian sebelum menangkap ular itu dan dilepaskan ke habitat asal.

"Sejak lebih 15 tahun bekerja mengambil upah membersihkan hutan, mengorek kolam dan menebang pokok, saya sudah menemui kira-kira 20 ekor ular pelbagai jenis.

"Apapun saya bersyukur dalam tempoh itu tiada kejadian tidak diingini berlaku termasuk terserempak haiwan lain termasuk babi hutan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 4:43 PM