Gambar hiasan. Arkib NSTP.
Gambar hiasan. Arkib NSTP.
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Dos kedua vaksin Covid-19 bagi penerima fasa pertama akan diberikan bermula Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini termasuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi individu pertama yang menerima suntikan itu.

Katanya, Rabu ini juga genap 21 hari Muhyiddin menerima vaksin berkenaan.

"Kami akan memberikan dos kedua kepada mereka yang mendapat dos pertama sebelum ini, bermula Rabu," katanya pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19, hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Muhyiddin menerima vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer - BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, menjadikan beliau rakyat pertama yang menerima vaksin itu di negara ini.

Turut menerima dos pertama pada hari berkenaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seorang doktor, seorang pembantu perubatan, seorang jururawat dan pemandu ambulans.

Ia turut menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 8:41 PM