FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Kuarters Kakitangan Kinta, Perak ditamatkan seperti dijadualkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan terbabit ditamatkan selepas merekodkan penurunan kes.

"Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan 774 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 457 kes dilaporkan.

"KKM mengesahkan terdapat penurunan kes, kluster adalah terkawal dan kesemua kes positif serta kontak rapat sudah diasingkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Justeru itu, beliau berkata, berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan berkenaan seperti dijadualkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 7:05 PM