Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Nelayan menemui guni terapung di perairan Pangkor mengandungi serbuk disyaki dadah dalam bungkusan plastik.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, nelayan berkenaan menghubungi polis sebelum menyerahkan guni itu, Khamis lalu.

"Hasil pemeriksaan oleh polis di dalam guni terbabit mendapati 20 bungkusan plastik.

"Daripada jumlah berkenaan, 17 bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 17.5 kg manakala tiga bungkusan lagi rosak dimasuki air dan tiada berisi.

"Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM700,000. Tiada tangkapan dibuat bagi kes ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

MIOR Faridalathrash (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Balqis Jazimah Zahari
MIOR Faridalathrash (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Balqis Jazimah Zahari

Berita berkaitan:

  • Enam polis antara 14 ditahan di parti liar [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 2:39 PM