DR Noor Hisham menunjukkan playcard 'Lindungi Diri, Lindungi Semua’ selepas disuntik vaksin Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya. FOTO Bernama
DR Noor Hisham menunjukkan playcard 'Lindungi Diri, Lindungi Semua’ selepas disuntik vaksin Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya. FOTO Bernama
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: "Semoga segala usaha kita melebihi tempoh setahun akan dipermudahkan untuk menamatkan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Dalam perkongsian di Facebook (FB) miliknya, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang terus komited bertugas memerangi Covid-19 sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, selain Dr Noor Hisham dan Muhyiddin, empat petugas kesihatan turut menerima suntikan vaksin Covid-19 petang tadi.

Prosedur suntikan vaksin fasa pertama itu menandakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula secara rasmi hari ini.

Hadir sama, Menteri Penyelaras PICK yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Program tiga fasa ini bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin untuk fasa pertama yang akan berlangsung hingga April depan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 5:38 PM