Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan kerja untuk merentas negeri dengan mendapatkan kebenaran daripada polis bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas semalam turut membincangkan keluhan pasangan suami isteri jarak jauh yang mahu kelonggaran diberikan kepada mereka untuk merentas negeri bagi bertemu pasangan dan keluarga masing-masing.

Menurutnya, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dulu.

"Kelonggaran ini akan mula berkuat kuasa esok, bagaimanapun bagi pasangan yang bergejala, mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan terlebih dulu sebelum bergerak pulang," katanya pada sidang media MKN, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 6:55 PM