Petugas JPBN Sarawak mengemas Dewan SK Tanah Puteh, Serian iaitu PPS terakhir yang ditutup, hari ini. FOTO IHSAN JPBN
Petugas JPBN Sarawak mengemas Dewan SK Tanah Puteh, Serian iaitu PPS terakhir yang ditutup, hari ini. FOTO IHSAN JPBN
Mohd Roji Kawi


Kuching: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya dengan semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Ismail Mahedin berkata, PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh, Serian ditutup pada jam 2 petang.

Sebelum ini, PPS pertama dibuka di Dewan Masyarakat, Kampung Betong Kanowit, Serian pada jam 11.30 malam, 12 Januari lalu.

Sepanjang sembilan hari bencana alam itu melanda, seramai 4,781 mangsa banjir membabitkan 1,273 keluarga dipindahkan ke PPS.

Mangsa banjir itu ditempatkan di 59 PPS di enam daerah membabitkan Kuching, Bau, Samarahan, Simunjan, Serian dan Miri.

Banjir mula melanda Sarawak pada 12 Januari lalu akibat pertembungan hujan lebat dengan fenomena air pasang besar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 2:49 PM