Laporan Harian Metro semalam.
Laporan Harian Metro semalam.
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas dalam loji kumbahan di Pantai Dalam di sini, semalam.

Ketua Pengarah JKKP Zailee Dollah berkata, beliau bersama pegawai penyiasat dari JKKP Kuala Lumpur sudah ke tempat kejadian malam tadi.

"Tindakan undang- undang mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 akan diambil jika berlaku pelanggaran seksyen yang berkaitan," katanya dihubungi hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, tiga pekerja pembersihan maut selepas terhidu gas dalam loji kumbahan di Pantai Dalam.

Kejadian pada jam 2.40 petang itu turut mencederakan seorang warga Bangladesh, manakala dua lagi selamat.

Berita berkaitan

Tiga maut terhidu gas dalam loji kumbahan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 3:15 PM