GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sesi persekolahan di negeri ini pada tahun depan akan di dibuka dan berjalan seperti biasa malah kerajaan negeri sudah bersedia untuk melaksanakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang berkata, pembukaan sesi persekolahan itu membabitkan 1,189 sekolah, 576,854 pelajar serta murid dan 48,796 guru.

"Di peringkat Jabatan Pendidikan Johor, kita tidak ada masalah (pembukaan sekolah seperti biasa). Sekolah ini, seperti sedia maklum, kerajaan negeri juga bimbangkan penularan Covid-19 dan kami harap kita semua terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

"Apabila kita buka sekolah, guru-guru akan bersedia bagi melakukan persiapan untuk menjalankan pembelajaran secara bersemuka. Sekolah akan dibuka secara berperingkat, namun waktu sesi persekolahan masih tetap sama," katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Yayasan Warisan Johor hari ini.

MAZLAN (tiga dari kiri, depan) bersama wakil penerima pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. FOTO Nurul Amanina Suhaini
MAZLAN (tiga dari kiri, depan) bersama wakil penerima pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. FOTO Nurul Amanina Suhaini

Beliau berkata, bencana seperti banjir terutama musim hujan tidak akan menjejaskan pembukaan sekolah di negeri ini.

"Hanya sebahagian sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) apabila berlaku banjir. Kebiasaannya, tempoh banjir di Johor tidak mengambil masa panjang, bergantung kepada lokasi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 8:16 PM