ZAIDI (kanan) dan Hairul Naim membawa kucing peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas rumahnya dilanda banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman. FOTO Ghazali Kori
ZAIDI (kanan) dan Hairul Naim membawa kucing peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas rumahnya dilanda banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman. FOTO Ghazali Kori
Zaid Salim

Chukai: Daerah Kemaman menjadi penyumbang tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan berbanding tiga daerah lain dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 7,403 orang membabitkan 1,786 keluarga di seluruh negeri ini.

Hujan lebat sejak malam tadi selain fenomena air pasang besar menyebabkan Kemaman menjadi daerah terburuk terjejas akibat banjir dengan jumlah mangsa terkini seramai 6,623 orang.

Semua mangsa daripada 1,572 keluarga itu kini ditempatkan di 28 PPS dengan tiga lagi PPS baharu diaktifkan, daripada keseluruhan 47 PPS yang dibuka.

Keadaan banjir di Dungun juga semakin buruk apabila sebanyak lima PPS baharu dibuka menjadikan PPS diaktifkan sehingga kini sebanyak 15 buah.

Di Hulu Terengganu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah itu menurun apabila seramai 699 mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan kediaman mereka surut berikutan cuaca yang kembali cerah, hari ini.

Manakala Setiu terus kekal dengan 11 mangsa daripada tiga keluarga yang ditempatkan di PPS balai raya lama Kampung Bukit Nenas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 5:13 PM