DATUK Fazley Yaakob. FOTO Arkib NSTP
DATUK Fazley Yaakob. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: "Kali terakhir kami bersua muka hanya pada awal perkahwinan saya dan isteri (Datin Azrene Soraya Abdul Aziz) kira-kira 13 tahun lalu.

"Ketika itu isteri sempat bersalam dan mencium tangan arwah dan beliau meletakkan tangannya di kepala isteri," kata Datuk Fazley Yaakob iaitu cucu menantu kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah.

Menurut Fazley, mereka amat terkesan dengan pemergian wanita itu dan satu kehilangan besar buat keluarganya.

"Arwah adalah pendukung kuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) selama ini. Kehilangan ini bukan sekadar buat keluarga Datuk Seri Najib tetapi juga mencetuskan kesan mendalam terhadap sejarah negara.

"Arwah juga individu yang memberi sumbangan besar dalam kekuatan keluarga dan setiap anak dibesarkan dengan baik sehingga menjadi pemimpin korporat," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Beliau yang juga menantu Datin Seri Rosmah Mansor bersama isterinya tiba di masjid kira-kira jam 9 pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah yang juga nenek Azrene.

Fazley dan Azrene iaitu anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu berkahwin pada 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 11:11 AM