Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Suasana suram di Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, apabila lebih 200 ahli keluarga, ahli politik dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah.

Turut kelihatan hadir memberi penghormatan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Orang ramai yang menyanjungi jasa dan sumbangan Tun Rahah kepada negara mula beratur di pekarangan masjid seawal 8 pagi sebelum dibenarkan masuk.

Tetamu yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberi penghormatan terakhir bermula 9 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Ar-Rahah dari rumah beliau di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, kira-kira 7 pagi tadi sebelum dimandi dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jenazah dijangka dibawa ke Makam Pahlawan, Masjid Negara untuk dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

KERETA membawa Dr Mahathir memasuki pekarangan masjid. FOTO Aswadi Alias
KERETA membawa Dr Mahathir memasuki pekarangan masjid. FOTO Aswadi Alias

Tun Rahah, 87, sebelum ini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Prince Court dan disahkan meninggal dunia 4.45 petang semalam.

Beliau adalah figura penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Najib yang juga Perdana Menteri keenam.

Berita berkaitan

Jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

'Bonda saya sudah tiada' - Najib Razak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 10:28 AM