ANGGOTA APM Bandar Baharu melakukan persiapan perpindahan mangsa di SK Sungai Kecil Ulu. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM Bandar Baharu melakukan persiapan perpindahan mangsa di SK Sungai Kecil Ulu. FOTO ihsan APM
Zuliaty Zulkiffli


Bandar Baharu: Lapan mangsa daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Kechil Ulu, Mukim Bagan Samak dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu, di sini, malam ini, berikutan banjir kilat.

Ini berikutan paras sungai meningkat setinggi 0.4 meter akibat hujan lebat sejak jam 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, limpahan air berlaku akibat sampah yang memenuhi kawasan berkenaan menyebabkan aliran air bergerak perlahan.

Beliau berkata, hujan lebat lebih dua jam menyebabkan air sungai melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah terjejas.

"Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bandar Baharu membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam urusan perpindahan mangsa di PPS di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 11:19 PM