AHMAD Hamzah (dua kiri) ketika perasmian 'Test Bed' yang pertama di Melaka.FOTO Nazri Abu Bakar
AHMAD Hamzah (dua kiri) ketika perasmian 'Test Bed' yang pertama di Melaka.FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

Melaka: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk terus berdaya saing menerusi Pusat 'Test Bed' di Melaka sebagai bentuk khidmat sokongandi bawah Program Pembangunan Usahawan agensi terbabit.

Majls perasmian 'Test Bed' Teknologi MARDI Melaka dan pelancaran produk inovasi makanan disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Ayer Molek, hari ini.

Hadir sama Exco Pertanian, Penternakan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Ahmad Hamzah berkata, 'Test Bed' terbabit ialah makmal teknologi pemprosesan makanan yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan moden untuk kemudahan pengeluaran berskala kecil bagi produk makanan terpilih.

Katanya, ianya menawarkan kemudahan pemprosesan serta khidmat kepakaran dan analisis kualiti yang diperlukan untuk memulakan dan menguruskan proses inovasi teknologi dan perniagaan.

"'Test Bed' Teknologi MARDI Melaka turut memperolehi anugerah

pensijilan MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) fokus kepada teknologi bakeri seperti pembuatan roti, kek, cookies, croissant dan konfeksioneri dodol.

"'Test Bed' Teknologi MARDI Melaka yang ke-11 dan pertama di Melaka itu juga sebagai 'one-stop centre' bagi usahawan untuk memperolehi ilmu, teknologi serta khidmat nasihat secara terus. Ianya diharap membantu meningkatkan perusahaan tradisi negeri ini," katanya.

Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan geran kepada 11 peserta Agroprenur Muda dan Rezeki Tani yang mendapat bimbingan perusahaan dari MARDI bermula fasa awal sehingga berjaya dalam kategori masing-masing.

Sementara itu,beliau turut melancarkan produk-produk inovasi makanan dan minuman Teknologi Gegulung Mangga Tinggi Antioksidan, Produk Minuman Difermentasi iaitu buah nadir ceri Terengganu, kuini dan juga teh.

Kesemua produk yang dihasilkan memiliki tambahan nilai fungsian termasuk tinggi antioksidan serta bebas bahan pengawet, bahan pewarna dan perisa sintetik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 1:30 PM